Saturday, April 4, 2009

prinsip pengurusan masa2

4.jangan menangguhkan kerja.mulakan dan lakukan kerja yang penuh minat dan konsisten.tabiat menangguh-nagguhkan tugas sering berlaku di kalangan remaja yang tidak pandai mengurus masa dengan cekap.sebilangan remaja suka melakukan kerja di saat akhir dalam keadaan tergesa-gesa.hasil kerja tangan anda sebenarnya melambangkan keperibadian dan tabiat anda.Ollin miller ada menyatakan,"jika anda ingin menjadikan sesatu tugas kelihatan sungguh berat,hanya tangguh melakukannya"

5.bersikap realistik dalam penggunaan masa.penggunaan masa mestilah lebih realistik berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang disedari.atur masa supaya bersesuaian dengan potensi diri.

6.jangan merancang untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan.perancangan yang dibuat mestilah masih dalam batas yang ditetapkan.manusia memerlukan rehat bagi menghasilkan kerja yang lebih berkualiti.anda boleh berfikir secara rasional sama ada anda mampu ataupun tidak melaksanakan perancangan yang dibuat.

7.sempurnakan tugas dengan sebaik mungkin.tiada guna merancang kalau setiap disiplin perancangan itu tidak diikuti.sempurnakan tugas satu persatu bagi merealisasikan perancangan dan matlamat anda.andai kata anda gagal dalam mengendalikan hadapilah kenyataan dengan sikap positif dan terbuka.

sekian...

tips2 berpegang pada kesihatan

asslamualaikum...

antara perkara yang dinasihatkan oleh pakar perubatan dan kesihatan bagi mengurangkan kekuatan hawa nafsu adalah seperti berikut:

  1. mandi dengan air biasa ketika cuaca panas.jangan mandi dengan air suam
  2. membanyakkan aktiviti sukan
  3. jangan banyak makan makanan yang panas2 dan terlalu berempah seperti sep gear box,sup kambing.makanan yang panas dan pedas akan meningkatkannafsu berahi seseorang
  4. mengurangkan minum bahan2 yang menyegarkan badan seperti tongkat ali,kopi gingseng,kopi kacip fatimah dan sebagainya.
  5. mengurangkan makan daging dan telur terutamanya daging yang tinggi kandungan kolesterol seperti daging kambing dan unta
  6. tidak melazimkan tidur terlentang ataupun meniarap.bahkan yang digalakkan oleh nabi muhammad adalah tidur mengiring ke sebelah kanan menghadapkan muka ke arah kiblat

sekian....